Sunday, September 21, 2014

Hati dan rahmah

Diri ini tidak pasti, samada boleh kembali menulis, atau tidak. 

Cuma semalaman, meminta petunjuk. Rasa seperti dalam mimpi, disuruh meminta rahmah pada hati. Meminta sakeenah, mawaddah, rahmah pada hati. Kemudian, melihat ciptaannya dengan rahmah. Dan perasaan dalam mimpi yang dirasa itu sangat indah. Seperti hidup dalam keindahan. Bukan kerana takdir hidup selalunya membawa kepada perkara yang kita suka, namun kerana hati yang ada rahmah, dapat selalu melihat keindahan dalam sesuatu yang diciptaNya. 

Dalam bait rasa dalam perasaan semalam, terbayang menulis dalam keindahan. Rasa indah. :)